Sabtu, 28 Mei 2011

Terciptanya Anugerah Allah

Tanggal 11 Mei 2009 adalah hari yang bermakna buat ibu dimana menanti detik kelahiran mu sayang.
Lahirnya kamu di dunia ini telah mengubati penderitaan yang ibu tanggung..sayang mungkin ibu menanggung beban yang berat tapi membawa mu selama 9 bulan 10 hari adalah hari-hari yang ibu lalui dengan tabah sehingga ibu mampu membawa mu kedunia ini dengan selamat atas kehendakNya.. Tepat 05:35 am tangisan mu kedengaran selepas ibu  bertarung nyawa untuk mu ..Alhamdulillah ibu selamat melahirkan mu. Syukur kehadrat Illahi mengurniakan cahaya mata lelaki kepada ibu.. Diletakkan sekecil tubuh mu disamping ibu tanpa tangisan , dikucup dahi mu sayang bersama tangisan airmata gembira ibu.. Sayang kamu dilahirkan sempurna tanpa cacat cela,sihat tubuh badan walaupun berat lahir mu 2.5kg kerisauan tetap bertandang dihati ibu. 
Pada 01:00 pm kerisauan  pada wajah matuk dan tok wan berubah serta merta  gembira setelah diberitahu kelahiran mu sayang ,cucu lelaki yang dinanti , betapa meriahnya kehadiran mu di dunia ini disambut dengan kegembiraan dan kesyukuran.. 






hari pertama dilahirkan
Muhammad Ashraff nama diberi oleh matuk dan tokwan untuk mu sayang.. Sukarnya nak menjaga mu dalam pantang, bertapa banyak nya dugaan yang ibu lalui. Hampir sebulan sayang bergelut dalam keadaan jaundis . Dah macam perkara dan pertua yang ibu lakukan tetapi tetap berlanjutan . Hampir banyak kali dirimu dimasukkan ke wad kerana pelbagai masalah tapi ibu tak pernah merungut atas apa yang ibu lalui.. hari demi hari dirimu sayang membesar di depan mata ibu.. ya ibu akui ibu tak mampu membela dirimu dengan sempurna ..terima kasihlah kepada matuk dan tokwan mu kerana pergorbanan mereka membela mu dalam penuh kasih sayang,didikan dan kesenangan yang diberi. 
Anakku.. kelak dewasa jadilah anak dan cucu yang berguna ..berbakti lah kepada mereka yang banyak berkorban ntuk kamu sayang..  jangan dikesalkan kepada lelaki yang bergelar ayah mu dan jangan lah berdendam dengan mereka yang mempersiakan sayang dan ibu.. Allah sentiasa ada dengan kita.. Apapun yang jadi ada hikmah disebaliknya..
wah baby muka serius bila bergambar

rasa janggal bila digayakan 

gembira bersama menyambut hari lair

main sorok-sorok 

baru belajar nak berdiri

renyih Sakan

Comot ka??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan